Syarikat
GEN - The Global Executive Network adalah sebuah syarikat penyedia antarabangsa bagi majlis makan malam eksekutif berkualiti tinggi untuk profesional perniagaan, yang meliputi trend-trend semasa bagi topik-topik yang berfokuskan industri dan berkaitan pengurusan. Syarikat ini beribu pejabat di Wilmington, DE di Amerika Syarikat dan memiliki reputasi cemerlang sebagai salah sebuah syarikat penyedia acara global yang terkemuka.
Setiap tahun, lebih daripada 10,000 tetamu pengurusan kanan dari syarikat-syarikat besar dan syarikat-syarikat sederhana besar mengambil bahagian di dalam Acara GEN. Lebih 1,000 acara yang meliputi lebih 50 tajuk yang berbeza ditawarkan setiap tahun .
GEN - The Global Executive Network telah mengubah sepenuhnya cara para eksekutif menghadiri sesuatu acara. Begini caranya:
- Kehadiran di dalam mana-mana acara, termasuk makan malam dan semua minuman, adalah sentiasa percuma.
- Majlis Professional Antarabangsa GEN – The Global Executive Network adalah satu lembaga penasihat yang dianggotai oleh ahli-ahli kehormat yang memimpin eksekutif perniagaan di dalam syarikat-syarikat global. Majlis ini memantau kualiti semua acara GEN dan memastikan ianya sentiasa selari dengan keperluan pasaran. Ahli-ahli Kehormat mendapat manfaat dengan menjadi sebahagian daripada lingkaran rangkaian eksklusif.
Acara-acara dikendalikan di Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan, Australia, United Kingdom, Perancis, Jerman, Sepanyol, Portugal, Switzerland, Austria, Belgium, Belanda, Luxembourg, Sweden, Denmark, Norway, Finland, Republik Czech, Hungary, Poland, Latvia, Lithuania & Estonia, Rusia, Bulgaria, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, India, Indonesia serta di Afrika Selatan, Mesir, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Sudan, Algeria, Maghribi, Iran , Iraq, Arab Saudi, Yaman, Syria, Israel, Jordan, Lebanon, Wilayah Palestin, Kuwait, Oman, Qatar dan Bahrain.