The Global Executive NetworkThe Global Executive NetworkThe Global Executive Network


Tugas-tugas Majlis Profesional Executive Dinner

Duties of the Professional Council

Majlis Profesional GEN - The Global Executive Network memantau Acara dari aspek kualiti profesionanya. Matlamat utamanya adalah untuk memperhalusi kandungan topik dan mengiktiraf trend-trend baru pada peringkat awal agar ia dapat segera dibangunkan ke dalam Acara. Ini bermaksud, Acara GEN - The Global Executive Network adalah sentiasa begitu relevan dengan kehendak pasaran.

Majlis Profesional ini ditubuhkan pada Oktober 2006. Ia dihasilkan oleh pengurus-pengurus dari pelbagai industri yang berbeza, yang menggemerlapkan Acara dan topik Acara dari sudut pandang mereka sendiri. Acara GEN – The Global Executive Network mendapat manfaat daripada ahli-ahli Majlis Profesional yang memiliki pengalaman bertahun-tahun dan pengetahuan di dalam pelbagai industri yang luas. Pertemuan yang kerap dan persidangan tambahan melalui telefon memastikan kerjasama yang cekap, pantas, dan menepati sasaran .


Ahli-ahli Majlis Profesional


Mark Day
Mark Day
"Sempadan dan halangan perdagangan tidak lagi wujud di dunia komersial dan satu-satunya had untuk kejayaan perniagaan ialah  pemikiran dan keupayaan kita bagi mencipta dan mengeksploitasi masa depan demi organisasi kita. GEN - The Global Executive Network menyediakan peluang yang hebat untuk para eksekutif yang berfikiran serupa untuk bertemu dan mencabar pemikiran mereka serta meluaskan pandangan tentang kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk kelebihan kompetitif kompetitif organisasi mereka.Saya berbangga menjadi ahli Majlis Profesional dan membantu mempertingkatkan lagi acara-acara rangkaian terbaik yang dijalankan di seluruh dunia."

Philippe Signer Philippe Signer
"Apabila pasaran, keperluan dan jangkaan pelanggan sentiasa berubah, andaian strategi dan perancangan memerlukan pengemaskinian dan pengubahsuaian yang kerap. Rangkaian, pertukaran idea silang-industri dan inovasi serta perkongsian pengalaman justeru menjadi lebih dan bertambah penting. GEN- The Global Executive Network adalah platform dan institusi yang ideal."

Heike Flster
Heike Fölster
"Lawatan pertama saya ke ''Global Executive Network' sudah cukup untuk meyakinkan saya tentang idea dan konsepnya yang bagus. Tiada tempat lain akan saya temui gabungan ideal pemindahan pengetahuan, rangkaian, dan penggunaan masa sebegini: yang ideal bagi para pengurus. Sebagai ahli Majlis Profesional, saya ingin bekerja kea rah perkembangan lanjutan konsep ini." 

Johannes Mller
Johannes Müller
"Pemikiran Berangkai adalah asas untuk bekerja di rangkaian. Konsep GEN - The Global Executive Network membawa kedua-dua konsep bersama dan ianya adalah apa yang diperlukan oleh para pembuat keputusan dan para eksekutif perniagaan.  Sebagai seorang pakar dalam Majlis Profesional, saya menyumbang secara aktif untuk mereka bentuk konsep ini."

Meinrad W. Zähner Meinrad W. Zähner
"The Global Executive Network 'GEN'  adalah platform unik dan ruang untuk bertemu dengan rakan-rakan industri bersilang-fungsi dan rentas-sempadan bagi membincangkan cabaran strategik perniagaan, trend industri, penyelesaian operasi, dan memperluaskan pandangan tentang kelebihan dan peluang-peluang kompetitif untuk  organisasi mereka. GEN menyediakan kaedah yang sempurna untuk pertukaran pengetahuan pakar, rangkaian eksekutif dan pengurusan masa."

Martina Rothe Obregon
Martina Rothe Obregon
"Tidak pernah sebelum ini, dunia begitu saling berkaitan dan tidak pernah sebelum ini, dunia berubah lebih cepat daripada hari ini. Minda yang terbuka dan kolaboratif adalah asas untuk beroperasi dengan jayanya dalam persekitaran perniagaan hari ini. Sebagai ahli lembaga penasihat di 'GEN - The Global Executive Network', saya berharap untuk berinteraksi dengan para profesional dari pelbagai bidang dan berharap dapat memperkayakan lembaga penasihat dengan pengalaman saya yang luas dalam bidang Pemasaran Antarabangsa di dalam syarikat-syarikat global FMCG yang terkemuka." 

Daniel G. Zeidler
Daniel G. Zeidler
"Saya suka perancangan dan idea di sebalik acara-acara GEN – The Global Executive Network berkaitan pembentangan tentang trend dan idea-idea ke atas kumpulan orang yang terhad tetapi yang dipilih dengan teliti. Saya yakin dengan konsepnya untuk memastikan tahap kualiti yang maksimum serta orientasi pelanggan dengan sokongan dari rangkaian peringkat atasan profesional dan saya ingin secara aktif membangunkan konsep ini dan pengaruhnya yang luas." 

EricClurfain Eric Clurfain
"Di dalam dunia dan pasaran yang didorong oleh perubahan berterusan, kepantasan, inovasi dan globalisasi, pemimpin berpengaruh dari organisasi-organisasi multinasional memerlukan suatu  alat yang berkesan,yang,  dalam sekali  imbas, dapat membantu mereka mengemudi selok-belok perniagaan mereka dengan mendapatkan akses bagi pengetahuan bersilang industri dan jaringan yang berkesan dengan rakan-rakan mereka dari seluruh dunia. Ini adalah ciri-ciri unik yang GEN - The Global Executive Network tawarkan untuk kepada ahli-ahlinya melalui pentas acara  multi-budaya yang  eksklusif."

Tom Coley
Tom Coley
"Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, di mana kerumitan semakin meningkat dengan pesat, peranan yang dimainkan oleh GEN – The Global Executive Network (GEN) melalui acara yang disesuaikan tidak pernah lebih sesuai dan tepat pada masanya dalam membantu perniagaan menangani pelbagai perubahan melalui pemindahan pengetahuan dan rangkaian."

Philippe Perrodin
Philippe Perrodin
"Apabila saya diminta  menyertai GEN – The Global Executive Network, saya serta-merta berasan positif tentang peluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan perniagaan, penanda aras dan menyumbang.  Sebagai seorang ahli yang aktif, saya berharap untuk mengembangkan konsep itu."

Alexander Krotz
Alexander Krotz
"Rangkaian adalah penting, dan di dalam industrI yang bergerak pantas ia tidak boleh diketepikan - semua pihak kini  menyedarinya. Konsep 'Global Executive Network' adalah unik dan membuka sepenuhnya saluran baru untuk berhubung dengan orang lain yang berada di industri yang sama, dalam konteks yang sesuai dan peka-gaya. Saya tertarik dengan  konsep ini pada Majlis Makan Malam Eksekutif pertama saya. Saya gembira menyumbangkan idea saya sebagai seorang ahli Majlis Profesional." 

Andreas Blass
Andreas Blass
"Dalam dunia global dan masyarakat perniagaan multi-budaya hari ini, interaksi dan pandangan profesional mengenai isu-isu penting adalah kunci kepada kemajuan dan inovasi . Lembaga Penasihat 'GEN – The Global Executive Network' merefleksi dengan sempurna hal ini dan menjadi platform yang sempurna bagi mempromosi dan mengagihkan nilai-nilai kejayaan yang kritikal."  

Dagmar Grossmann
Dagmar Grossmann
"Saya dapati GEN – The Global Executive Network adalah alat yang sangat bernilai bagi perniagaan kerana rangkaian adalah sebahagian daripadanya. Ia membantu untuk bertemu ramai orang yang menarik, berinteraksi dengan mereka, berkongsi pengalaman di peringkat atasan, mencari kenalan baru dan membina dan mengekalkan kenalan yang lama." 

Juan Jose Foncillas Rosell
Juan Jose Foncillas Rosell
"GEN – The Global Executive Network ini telah membangunkan satu konsep yang sangat menarik untuk acara-acara bersilang sektor dan bersilang fungsi yang menawarkan peluang berharga untuk kedua-dua rangkaian profesional dan peribadi. Pertukaran pengalaman dengan pengurus lain memperluaskan visi dan pemahaman saya berkaitan pelbagai sektor yang berbeza. Saya ingin menyumbang kepada Majlis Profesional GEN – The Global Executive Network dengan memperkayakan multi-budaya, aspek rangkaian antarabangsa dan bersilang sektor, iaitu tiga kualiti yang akan menjadi lebih dan bertambah penting kerana globalisasi memainkan peranan yang semakin besar dalam  persekitaran perniagaan hari ini."

Udo Bieletzki
Udo Bieletzki
"Kelajuan menukar  trend-trend baru kepada Acara dengan kuasa tarikan dan kandungan yang meyakinkan adalah perkara yang menarik minat saya terhadap ‘GEN –The Global Executive Network'. Sebagai ahli Majlis saya seronok mereka bentuk Acara yang menawarkan nilai tambah tulen dan padanan yang tepat dengan keperluan pasaran." 

Andreas Schneider
Andreas Schneider
"Pengoptimuman berterusan memerlukan satu organisasi yang tersusun baik dengan ruang untuk pembangunan penyelesaian baru. Saya menyokong idea forum ini berkenaan pembentangan penyelesaian dan trend baru dalam industri dan pengambilan pekerja dengan analisis muktamad dalam perbincangan dan rangkaian, kerana dorongan yang terhasil menjadi pemandu untuk meneruskan inovasi dan mengoptimumkan dalam kepentingan kedua-dua pihak." 

Heiko Scharding
Heiko Scharding
"Acara-acara “GEN - The Global Executive Network“ membolehkan saya belajar tentang trend-trend semasa dengan cepat dan tanpa kesukaran. Secara khususnya, pertukaran para peserta dari pelbagai industri yang luas adalah bermakna besar bagi diri saya. Sebagai ahli Majlis, saya seronok berkolaborasi dalam topik-topik yang berorientasikan masa depan dan inovasi."